![]() |
JAGALAH HATI DAN PANDANGAN MU.. |
Dalam dunia ni kita bergerak kerja mesti melibatkan lelaki. Sukar untuk
menemui sesuatu pekerjaan yang hanya dimonopoli oleh wanita sahaja dan begitu
juga sebaliknya. Allah jadikan wanita berbeza dari segi fizikal dan mental,
bukan kes pilih kasih..bukan bukan.. tapi Allah mahu kedua-duanya dapat
menyimbangi kelemahan dan kelebihan sesama sendiri.
Justeru, kita perlu menerima
seadanya dan cuba untuk memahami orang lain. Bak kata prof.Muhaya, kalau nak orang
lain faham kita , kita kena fahami orang lain terlebih dahulu. What you give, you get back. Jom kita
terokai sikit tentang dunia seorang insan bergelar LELAKI..ohh! lelaki.. hehe J
Tips berinteraksi dengan lelaki di dunia kerja :
Tips berinteraksi dengan lelaki di dunia kerja :
Menembusi malu – lelaki jenis suka bahasa yang terus terang dan
direct to the point. Mereka tak akan dapat meneka apa yang dimahukan oleh wanita jika tidak diungkap secara langsung. Lelaki juga sukar membaca bahasa tubuh wanita. Justeru mereka lebih suka mendengar kata “ boleh minta tolong..” daripada berkeluh kesah depan mereka tanpa henti. Mereka tidak akan menolong selagi wanita tak minta tolong. *so, tak payah la wat muka seposen , bek direct ckp je, cz dorg ni jns susah nk fhm..
Perunding pekerjaan – gambar rajah di bawah memaparkan bagaimana anatomi kebiasaaan yang dilakukan oleh wanita dan apa yang sebaiknya mereka lakukan ketika berunding dengan lelaki semasa kerja.
Kata-kata yang biasa diucapkan oleh pekerja
wanita.
|
Kata-kata yang sepatutnya diucapakan oleh pekerja
wanita.
|
1.
Saya kepenatan dan tak sanggup melakukan kerja ini sendirian. Itu
sangat berat bagi saya.
|
Bagaimana kalau kerja ni kita bahagi fiffty-fiffty. Saya buat bahgian A dan
awak buat bahgian B. Itu lebih fair saya
rasa.
|
2.
Semalam saya balik jam 10pm, kalau komputer saya tak diserang virus
mugkin deadline kerja saya hari
sudah selesai jam 4pm.
|
Ada yang boleh bantu saya membaiki komputer
komputer itu. Saya tak dapat nak menyelesaikan tugasan saya tepat pada
waktunya andai komputer masih bervirus.
|
3.
Saya tak dapat kerusi di ruang meeting,seharusnya saya mengambilnya
diruang bawah.
|
Perlukah membawa kerusi ke ruang meeting?
|
4.
Deadline macam ni boleh membuat
saya mati cepat. Tempohnya begitu singkat. Hmm.. tapi tak apalah saya mampu
mengerjakannya.
|
Bagaimana kalau deadline kerja ni ditambah 5 hari. Itu akan menambahkan kulaiti
kerjanya lebih baik.
|
5.
Ya Allah, aku sangat bingung. Lapaoran bulanan belum selesai, sekarang
sudah ada tugasan baru lagi. Kedua-duanya sama penting dan mendesak. Dah lah
udara sangat panas ni.
|
Tolong pasangkan air-cond boleh? Udara sangat panas.
|
Merendah diri – mengikut prof. John Gray, lelaki sangat memerlukan “penghargaan” atas kemampuan dirinya. Lelaki juga sangat suka jika ia merasa diperlukan. Perasaan diperlukan ini akan membuatkan lelaki merasa egonya dihargai.Merendah diri di sini ialah mengakui kelebihan lelaki dan membuat mereka merasa diperlukan. Kerana tiada yang lebih menyakitkan bagi seorang lelaki apabila merasa tidak diperlukan kewujudan dan kemampuannya.
Berikut merupakan gambaran yang boleh
membuatkan lelaki merasa “berharga”di dunia kerja :
Situasi
|
Apa yang
sebaiknya diucapkan
|
1. Ketika
baru memasuki dunia kerja
|
Saya pekerja baru. Saya Mohon
bimbingannya.
|
2. Ketika
membuat kesalahan kepada lelaki
|
Maaf, saya yang salah. Saya
tak berapa faham tekniknya.
|
3. Ketika
menghadapi kesulitan
|
Bagaimana cara menyelesaikan
kerja ini. Saya perlukan bantuan.
|
4. Ketika
rakan lelaki membuat kesalahan
|
Ya, tak apa-apa saya juga
pernah membuat kesalahan ketika mengerjakan kerja tersebut.
|
5. Ketika
rakan lelaki gagal melaksanakn sesuatu tugas
|
Insyallah, awak boleh buat
lebih baik lepas ni.
|
6. Ketika
terjadi masalah krisis dalam syarikat.
|
Tak perlu khuatir. Banyak lagi
cabaran sebelum ini yang kita boleh lalui dengan baik.
|
7. Ketika
dianugaerahkan sebagai pekerja terbaik
|
Saya boleh dapat ini kerana
hasil daripada kerjasama dengan teman-teman sekerja (sebutkan nama-nama
meraka).
|
Jangan memotong percakapan – secara kebiasaan,
memotong percakapan adalah kelakuan tidak baik dalam berkomunikasi. Apabila
perbicaraan lelaki dipotong dan disela dengan pelbagai-bagai penyelesaian, hal
itu akan membuatkan mereka berasa tidak dipercayai dan tidak dihargai. Pada umumnya, lelaki lebih sukar untuk
mendengar. Bahkan mereka biasa mendengar sambil membuat sesuatu seperti
memicit-micit telefon, menaip, merokok seakan-akan mereka tidak mendengar,
padahal itulah gaya lelaki dalam mendengar.
Lelaki akan mendengar, jika mereka
disiapkan dengan pertanyaan. Contoh :
a.
Boleh saya bertanya sesuatu?
b.
Boleh saya minta 10 minit untuk........
(sebutkan hal perbicaraan) ?
c.
Boleh saya cakap sekarang dan awak mendengar?
Tidak berlebihan – satu andaian yang melekat
pada kaum lelaki adalah perempuan sukar difahami, tidak jelas apa kemahuannya
dan suka berbicara panjang lebar. Tips berbicara dengan lelaki :
a.
Berbicaralah dengan bahasa direct to the point :
lelaki memang tidak suka perempuan yang bercakap berputar-putar tanpa
inti dan berpindah topik ke topik perbicaraan yang lain. Oleh itu berbicaralah
dengan menjelaskan inti masalah untuk memudahkan proses interaksi dengan
lelaki. Kerana lelaki tidak boleh mengerjakan dua atau tiga hal dalam satu
waktu.
b.
Berbicaralah satu hal dalam satu waktu :
Berbicara dengan lelaki dengan cara seorang lelaki. Jangan membuat mereka
bingung dalam bercakap banyak hal dalam satu waktu. Berbicara berturut-turut
tanpa henti membuatkan mereka kurang memberi perhatian dan mengerti dalam
banyak hal sekaligus.
“ SEORANG LELAKI TIDAK SAMA DENGAN
SEORANG WANITA. LELAKI JUGA TIDAK AKAN MENJADI WANITA, DAN BEGITULAH
SEBALIKNYA. RAMAI WANITA MENGANGGAP LELAKI SUKAR DIFAHAMI, BEGITU JUGALAH
PENDAPAT LELAKI. ”
#sumber : buku perempuan vs lelaki, ditulis
oleh Malahayati, terbitan Yamani Angle Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment