WeLcOMe To My BLOg

Monday, 28 October 2013

Maksud matang bagi anda apa??


MATANG......
 Sebelum tu terima kasih banyak2 kepada orang yang bertanya tentang maksud matang mengikut perspektif diri ini.. Kerana dengan pertanyaan dia, aku dapat idea untuk update post dalam blog aku.hehe..

bagi korang2 pula, maksud matang tu macam mana??er..muka dia matang??berlagak macam orang dewasa??atau gaya hidup yang sentiasa cool itu cukup untuk memberi maksud perkataan matang?? dan adakah orang yang suka bergurau, tak selalu serius dan jenis happy go lucky tu tak matang??
no...no..nooooo....


maksud dalam kamus dewan : 
matang membawa maksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran.

tapi maksud di atas sangat la umum kan..malah aku sendiri tak faham sangat dengan maksud yang diberikan. jadi aku inginkan lebih dari tu.. so jom kita tengok pendapat org lain pula..

Hilal Asyraf :
Menurut beliau, matang adalah seseorang yang bijak membuat keputusan dan boleh merancang kehidupan yang lebih baik.

Relax blogger :
orang yang matang ialah orang yang mampu berfikir yang mana baik dan buruk untuk di lakukan berlandaskan Islam. 
JADI....Berdasarkan maksud di dalam Islam, korang tidaklah dikata matang jika masih melakukan kemungkaran. Ini kerana fikiran korang masih tidak mampu berfikir mana baik dan buruk untuk di lakukan di dalam Islam. ce bayangkan masa kita kecik2, apa2 kita main buat je, kita main je mcm2, tanpa berfikir baik buruk, bermanfaat atau tak.. jadi, kalau kita dah kata kita besar, tapi masih buat benda yang sia2, buat benda2 yang tak berfaedah, merokok,main game (24 jam), dan sbgnya..kalau begitu apa beza kita masa kecil gan dah besar?? thats why, jgn kata anda dah matang kalau anda masih buat kemungkaran dan buang masa tanpa ada rasa bersalah sikit pun.. astaghfirullah..


ok.. sekarang aku simpulkan bahawa matang ini satu sifat yang membolehkan kita membuat keputusan yang rasional dan terbaik, boleh merancang, dapat membezakan mana yang baik dan tak, dan matang juga tak bergantung kepada umur kita semata-mata. Si umur 30 tak semestinya dah berfikiran matang dan si 13 tahun tak semestinya tak boleh matang. ce kita tengok sejenak, sejarah MUHAMMAD AL-FATEH.. dalam usia mudanya dia mampu menjadi pemerintah dan penakluk yang sangat berkuasa. cumanya, kita2 ni perlu berusaha untuk menjadi matang lebih awal daripada usia *pesanan tuk diri terutamanya..huhu.. seperti Al-fateh yang sudah dididik dengan ilmu agama dan kemahiran serta tanggungjawab sejak kecil lagi... *bacalah buku Al-fateh..best!
secara tak langsung, peranan ibu bapa juga sangat penting untuk mendidik anak2 yang matang. *yang dah takde mak ayah, takpe jom kita didik diri sendiri jadi matang :) 


Tips menjadi MATANG :
1. sentiasa mmbaca buku.
- baca buku yang boleh membuatkan otak kita berfikir dan berimiginasi
2. mendekati orang dewasa (golongan yang berpengalaman)
- contoh, orang2 yang sudah berjaya atau para ulama,dan orang2 sekililing kita yang mempunyai pemikiran yang matang dari kita.
3. banyakkan mengembara
- tak kiralah anda ke tempat itu sendiri, atau melalui kawan2 di luar negara. mengetahui keadaan di luar membolehkan otak kita mengetahui dan mempelajari benda2 baru dan lain daripada tempat kita.
4. sentiasa mengambil iktibar
- tak kiralah masalah atau sesuatu peristiwa itu pernah menimpa kita atau pun tak. kita perlu ada sifat peka agar kita tidak mengulangi kesalahan tersebut.



KEMATANGAN ITU MERANGKUMI FIZIKAL DAN MENTAL..KEMATANGAN ITU PERLU ADA UNTUK MELAHIRKAN ORANG MUDA YANG MAMPU MENGANGKAT ISLAM KE PERSADA DUNIA. TANPA KEMATANGAN MAKA HANCURLAH SEBUAH KEJAYAAN...

No comments:

Post a Comment