WeLcOMe To My BLOg

Thursday, 7 November 2013

22 Rahsia Dahsyatnya Puasa Nabi Daud A.S

Apa yang dimaksudkan dengan puasa Nabi Daud?? 
Puasa Daud ialah puasa yang dilakukan secara selang-seli tanpa putus iaitu sehari berpuasa esoknya tidak dan begitulah seterusnya. senang kata, hari ni puasa, esok tak..lusa puasa lagi, tulat berbuka dan hari2 seterusnya gtu lurr... puasa ini merupakan puasa khusus yang dilakukan oleh Nabi Daud.


 Hadis Rasulullah s.a.w berkaitan puasa Daud : 
 " Maka berpuasalah kamu sehari dan berbuka sehari, inilah (yang dinamakan) puasa Daud a.s dan ini puasa yang paling afdal. Lalu aku (Abdullah bin Amru r.a. berkata : "sesungguhnya aku mampu untuk puasa lebih dari itu")maka Nabi s.a.w berkata : "tidak ada puasa yang lebih afdal dari itu" ( hadis riwayat:Bukhari ) 



Sebelum kita tahu apakah kelebihan puasa ini, jom kita terokai dulu apakah amalan Nabi Daud yang membolehkan Nabi Daud diberi kekuatan melaksanakan puasa ini.  Antara amalan Nabi Daud : 
1. Nabi Daud seorang yang lebih suka bekerja mencari nafkah dari kerja keras tangannya sendiri, berbanding mengambil gaji dari negara yang diperintahnya.
 2. gemar berzikir dan beribadah. sehingga dikatakan, semua makhluk hidup di dunia ini sentiasa meniru dan mengikut zikir Nabi Daud pada Allah.
 3. seorang yang sentiasa bersyukur akan segala pemberian Allah. 

Justeru itu, kepada mereka yang ingin melaksanakan puasa sunat ini, persiapan tertentu perlulah dibuat. Ini kerana puasa ini termasuk dalam puasa yang utama namun berat. oleh sedemikian,ia memerlukan persiapan dan usaha yang bersungguh-sungguh. 
 1. persiapan mental - niat merupakan salah satu persediaan dari segi mental. 
2. persiapan rohani - membersihkan hati dengan nilai-nilai ketuhanan dalam jiwa dan hatinya. 
3. persediaan kewangan - walaupun tak berapa penting dari segi ini. namun ia berkait dengan ketenangan seseorang. justeru, kewangan perlu dirangcang dengan baik. 
4. keperluan fizikal - mampu memberi ketahanan ketika berpuasa. misalnya, menyediakan makanan untuk bersahur dan berbuka.


 22rahsia puasa Daud mengikut pengalaman orang yang mengamalkannnya :

1.    1.   Menyihatkan badan – seperti puasa lain, puasa Daud juga mampu memberi kesihatan kepada tubuh badan. Puasa Daud dapat mengubati beberapa penyakit antaranya, penyakit kulit, sakit sendi tulang, mengawal kolesterol, penyakit nacreous, mengawal kadar gula dalam darah, mencegah tumor, dan menurunkan berat badan (obesiti).

Pengalaman :  seorang gadis menghidap penyakit kulit yang teruk dapat disembuhkan dengan berpuasa.
Hal ini, semasa berpuasa kandungan air dalam darah berkurangan. Maka, berkurangan jua kandunan air yang ada dalam kulit. Keadaan ini dapat menambah kekuatan kulit dalam melawan mikrob dan penyakit mikrob dalam perut.

2.     2.  Mententeramkan jiwa – orang yang berpuasa sentiasa dalam peliharanNya, justeru hati dan jiwanya menjadi tenang. Seperti yang kita tahu hanya dengan mengingati dan menyebut nama Allah saja jiwa dan hati kita akan tenang. Maka orang yang berpuasa memperolehi ketenangan jiwa. Kenapa?? Kalau kita fikir2, kalau orang yang tak ingat Allah mesti dia akan berbuka. Boleh saja dia makan atau minum secara sembunyi2 dari orang lain, manusia tak akan tahu. Tapi oleh kerana orang berpuasa takut puasanya terbatal dan yakin Allah sentiasa ada dan memerhatinya. Maka dengan itu dia akan selalu berhati2 dan mengingati Allah swt.


Pengalaman : h. Sukiman s.Pd ( ketua dewan perwakilan rakyat daerah melawi, indonesia) mengaku beliau sudah 5tahun melaksanakan puasa Daud. Menurutnya, puasa Daud ini telah dijadikannya sebagai benteng dari segala nafsu duniawi. Walaupun sebelum ini beliau sudah biasa dengan berpuasa sunat isnin-khamis. Namun selepas beliau mengambil keputusan untuk berpuasa Daud, beliau telah merasakan suatu ketenangan batin yang luar biasa. Dia merasa lebih dekat dengan Allah, merasa aman dan tenteram, fikiran lebih jernih dan kelakuan tak kira samada fizikal mahupun rohani lebih terpelihara. 

2 comments:

  1. Saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terimakasih sangat bermanfaat

    ReplyDelete