WeLcOMe To My BLOg

Monday, 17 February 2014

BAKAL imam KU


KU masih tercari-cari siapakah sebenarnya gerangan dirimu,
kau yang diciptakan sebagai cinta ku selepas Allah dan Rasul,

Ku yakin  kau tetap akan datang menyusul,
lambat atau cepat biarlah DIA yang mengatur...




wahai bakal imam yang diciptakan untuk ku,
ku titipkan ini khas buat mu,
walau kau di mana berada,
izinkan ku mengukir pesan sedikit cuma..

wahai bakal imam ku,
kuatkanlah IMAN dihati mu,
jaga setiap pandangan mata mu,
dunia semakin ganas mengoda diri mu,
wanita kini semakin miskin rasa malu,
mendedah aurat tanpa segan silu.

wahai bakal imam ku,
Jaga AKHLAK dan trend yang menjadi ikutan mu,
usah kau meniru gaya barat sebagai cara hidup mu,
tetapkan prinsip muslim mu di dada,
qudwah mu Rasulullah sepanjang masa.

wahai bakal imam ku,
berhati-hatilah dalam memilih hiburan,
tetaplah berpegang pada Al-quran,
jadikan hadis nabi Muhammad sebagai panduan,
Al-iqro di sambut sebagai seruan kewajipan,
kerna ketua keluarga perlukan ilmu pengetahuan berpanjangan.

wahai bakal imam ku,
jagalah hati mu,
usah kau mudah menjualnya disini sana,
kerna ia sangat mudah terpalit kekotoran,
mudah mengeras jika tidak disirami ayat Tuhan.

wahai bakal imam ku,
andai kau rasa lelah dan lemah,
berpegang teguhlah pada tali Allah,
berdoalah dan mintalah bantuan dariNYA,
kerna hanya dengan Doa kita menjadi berkuasa.

wahai bakal imam ku,
yakinlah dengan janji Allah,
lelaki yang baik untuk wanita yang baik,
lelaki yang keji untuk wanita keji juga,
 ku yakin kau juga sedang berusaha,
menjadi hamba Allah yang bertakwa,
semoga kita disatukan dengan ikatan yang SAH,
dan kau menjadi cinta ku yang pertama dan selamanya  <3 ..



" mencari, mencari juga YA... PERKAHWINAN ITU BELUM PASTI TAPI KAIN KAFAN ITU SEDIA MENANTI DAN TANAH KUBURAN ITU SUDAH PASTI KITA AKAN HUNI.
JUSTERU, SIBUKKAN DIRI MU DENGAN ALLAH BIARLAH DIA YANG MENENTUKAN APA YANG TERBAIK BUAT MU :) "



dating yang HALAL





nukilan : Maria binti Mohd Nasir



No comments:

Post a Comment