WeLcOMe To My BLOg

Wednesday, 12 February 2014

Tips Menjadi ISTERI yang diSUKAI suami

CINTA SELEPAS NIKAH ITU LEBIH SWEETTT <3

AMALANKAN CARA 6M :

1.MEMAHAMI - Sang isteri haruslah sentiasa berusaha memahami keadaan suami, dalam keadaan apa sekalipun. Buanglah ego jauh-jauh, biar kita ego dengan lelaki yang bukan mahram kita tapi dengan suami jangan sesekali ego itu dibiarkan muncul *ingat tu! .. Isteri juga perlu bersikap berlapang dada dan mudah bersetuju dalam perkara yang mendatangkan kebaikan kepada keluarga, mudah-mudahan kasih sayang suami kepada isteri semakin mendalam..insyallahh :)


2. MEMENUHI - sifat memenuhi sangat diperlukan oleh sang suami. Perkahwinan saling memerlukan antara satu sama lain, lelaki diciptakan untuk menjadi pelengkap kepada wanita dan begitu juga sebaliknya. Justeru sang isteri hendaklah sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk suami, tidak kira dari segi zahir mahupun batin.

3.MEMBANTU - isteri yang solehah akan sentiasa berada disamping suaminya, sebagai teman, kekasih dan menjadi pengganti ibu kepada suaminya. Sebaik-baiknya dahulukan suami dalam segala hal kerana syurga isteri terletak pada keredhaan suami. Sang isteri hendaklah menjadi seorang yang menenangkan hati sang suami dan membantu apabila suami dalam kebuntuan. Jadilah seperti SITI KHADIJAH yang setia dan menjadi qurratu aini Rasulullah.

4. MENGHORMATI - elakkanlah dari bersikap buruk dan biadab dengan suami, jagalah setiap tutur kata dan berilah cara paling terbaik untuk suami. Hormatilah perasaan dan keadaan suami kerana ia membantu menenangkan suami. Dua waktu utama suami yang perlu isteri hormati iaitu ketika makan dan ketika tidur. Kebiasaan perasaan marah akan mudah mengambil tempat apabila suami lapar atau tidurnya diganggu. *its normal lah kan, kita pmpuan pn lau lapa mcm nk mkn org da..hee

5.MENGODA - secara semulajadinya semua wanita telah dianugerahkan sifat pengoda mereka. Jadi, inilah masanya anda perlu menggunakan natural power anda untuk mengikat hati suami anda. INGAT sebelum wanita diluar yang mengoda suami anda, lebih baik anda yang mulakan dulu *jangan biarkan ia berlaku tau :D .. berwangi-wangian dan tampillah dengan penampilan yang menarik untuk menambat hati suami. Isteri-isteri diluar sana usahlah malu untuk menjadi pengoda suami, kenapa perlu malu dengan orang yang halal dengan kita. why not,Inilah masa terbaik nak pakai baju2 yang tak cukup kain, ye x??huhu

6.MENGEMAS - yang terakhir ni sangat penting. Kenapa?? keadaan rumah yang berselerak bukan sahaja boleh mengundang pertengkaran malah kemugkinan juga suami akan malas balik rumah. Sang suami sentiasa mengharapkan isteri yang mampu membuatkan rumah selesa dan tenang dihuni. Justeru sang isteri walau sesibuk mana pun mestilah sentiasa memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan kemas. Insyallah suami yang penat-penat balik dari kerja akan merasa tenang di rumah. :) *serabut doh, lau penat2..las2 balik uma berselerak sne cni..err..ase nk sepak2 je..sepak brg2 tau bkn psgn, hehe




  " SEMPURNAKAN DIRI SEBAGAIMANA KITA INGIN DILIHAT ALLAH TERLEBIH DAHULU, SEBELUM MENYEMPURNAKAN DIRI BAGI DILIHAT OLEH SANG LELAKI "






# Sumber :rancangan motivasi pagi dan buku superwoman

No comments:

Post a Comment