![]() |
JANGAN KOTORI HATI MU |
Alhamdulillah, pada pagi jumaat yang mulia ini
Allah masih bagi keizinan untuk kita terus bernafas di muka bumi.. SAY THANKS TO ALLAH..
Dipagi yang indah, ketika aku berbaring di kantil empuk ku sambil-sambil mendengar kalimah-kalimah Allah.. Tiba-tiba otak aku berfikir,
kenapa kita ni selalu buta dan tak mengambil pengajaran.
Kita tahu, HATI ini akan tenteram hanya dengan mengingatI Allah, tapi kenapa kita tetap memilih hiburan yang kosong dan melalaikan hati kita??kenapa kita menghindari ubat untuk hati kita??
Kita tahu, Rasulullah dah pesan 4 ciri-ciri dalam memilih pasangan hidup. iaitu dari segi rupa, harta, keturunan dan paling penting adalah agamanya. TAPI kenapa masih ramai yang memilih rupa atau harta dan keturunan semata-mata. walaupun kita telah melihat betapa ramai orang yang berkahwin dan akhirnya bercerai disebabkan itu.. Adakah kita buta?? atau pun pura-pura tak nampak..
Kita tahu, dengan mengikut segala perintah Allah, hidup kita akan selamat dan tenang dunia akhirat.Tapi kenapa kita degil dan sombong, dengan terus-menerus lalai dan melakukan kemungkaran tanpa rasa malu dan berdosa kepada Allah.. Nauzubillahminzalik..
Kita tahu, harta dunia ini sementara, Tapi kenapakah kita terus mengejarnya seperti orang gila? tak salah nak menguasai dunia tapi janganlah letak ia dalam HATI. takut-takut hati kita akan lemas dalam duniawi sehingga lupa kehidupan hakiki, iaitu akhirat. Banyak lagi yang sebenarnya kita sedar, kita tahu.. tapi kita tetap nak buat ye x?? Yes, we are human.. TAPI jangan selalu menggunakan alasan bahawa kita manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan. its TRUE..
Tapi tidak kah kita mahu jadi seperti SAHABAT-SAHABAT Rasulullah yang sentiasa belajar dari kesilapan?? bukankah mereka juga manusia biasa. jom LIHAT mereka, bagaimana mereka jadikan kesilapan itu sebagai jalan mereka semakin hampir dengan Allah. Bukankah kita selalu mendengar ayat ini , "SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERBUAT DOSA,ADALAH MEREKA YANG BERTAUBAT"..naa.. itulah amalan para sahabat, mereka bertaubat dan tidak akan terus-menerus dalam kesalahan dan dosa.
BENARLAH firmanNya dalam surah AL-ANFAL, ayat 29 yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan Furqan (kemampuan membezakn antara yang hak dan batil) kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Allah memiliki kurnia yang besar.
JOM lah kita sentiasa audit diri dan bermuahasabah selalu. Mintalah denganNYA moga-moga hati kita terus teguh dijalanNya. Bukankah DIAlah pemilik HATI kita?? Justeru, jangan kita pernah rasa lelah dan bosan meminta denganNya. Allah dah beri tahu dalam firmannya di atas,dalam bahsa mudah kalau kita bertakwa padaNya secara automatik Allah akan beri kita kemampuan utnuk dapat membezakan yang baik dan buruk, ke syurga atau ke NERAKA.. Wallahualam...
#TOLONG tegur mana yg silap.. sama-samalah kita terus berusaha ke arah yang lebih baik,
JANGAN biarkanHATI kita ni terus buta tau.. TAU!!!
Kalau niat kita baik, insyallah Allah akan bantu kita *tiru ayat orang tuu..hee ....Insyallah :)
No comments:
Post a Comment