![]() |
SEMUA KERANA DUIT |
Besela mood nak berjimat cermat, tak dapat kerja lagi katakan. TAPI ni bukan cerita cara nak buat duit, tapi macam mana nak simpan atau nak urus duit kita. *tiba-tiba rasa menyesal lak tak simpan duit ptptn masa diploma..huhu..belanja habis je semua.
.ish2..taubat2 lah kita awal2, JANGAN BOROS dan berbelanja ikut nafsu je..ubah sikap sebelum kita bankrap (simpanan kosong)..
Pertama sekali yang kita perlu lakukan adalah, kita perlu tolak 10% daripada jumlah duit yang kita terima bulan itu ke akaun simpanan kita Jadikan tabiat kita untuk menolak 10% dahulu sebelum membayar hutang-hutang atau perbelanjaan kita. ELAKkan belanja dulu, baki nanti baru simpan. TIDAK, sampai bila pun kita tak akan boleh simpan kalau ikut cara ni. CONFIRM!
3. Elakkan penggunaan kad kredit - walaupun diri ini tak memiliki lagi kad kredit, tapi just nak peringat diri la juga pasal makhluk bernama kad kredit ni. Kalau nak berjimat nak tak nak kita mesti elakkan guna kad kredit semasa berbelanja, walaupun kad kredit ada had tapi secara psikologi kita akan terus berbelanja selagi had limit tu tak sampai*org bbisnes ni banyak main pskilogi kita.bhs senang byk bodoh2kn kita..huhu. Kesannya, kita dah lari dari bajet kita yang sepatutnya. SO tak payah fikir2 lagi, CUT SEMUA KAD KREDIT ANDA..hehe
4. Tak jadi beli, masuk kedalam simpanan - dalam hal ni, ada 2 benda kita perlu buat.
Pertama, kita perlu mendidik diri sebelum membeli kita perlu merancang atau menulis dulu apa-apa barang yang kita nak beli sebelum keluar membeli-belah. Cara ni sudah lama dicadangkan di kaca-kaca tv, tapi berapa ramai diantara kita yang amalkan? perasaan tak, secara logik kalau kita dah tahu apa yang kita mahu, ia bukan saja boleh menyelamatkan wang kita daripada membeli barang yang tak perlu malah ia juga menjimatkan masa kita semasa membeli-belah. Jadi, jika hari itu kita tak jadi beli barang yang kita rasa tak perlu beli, harga barang tersebut kita letakkan dalam akaun simpanan kita :) .
Kedua, cara ni ada gak kaitannya dengan diatas. cuma yang ini kita perlu menjaga barang yang sudah sedia ada agar tahan lama. Justeru, kalau barang tu masih berfungsi dengan baik tak perlulah anda membeli lagi. contoh, laptop. kalau kita jaga dengan baik insyallah ia akan tahan lama dan tak perlulah kita nak keluarkan duit lagi untuk memperbaiki atau perlu membeli laptop baru. Nanti lari bajet pula bila barang yang sepatutnya tahan 2 3 tahun da kita rosakkan 2 3 hari..huhu..Jadi, jagalah barang-barang anda tak kisahlah yang mahal atau pun tak.
5. Menyimpan menggunakan online banking - zaman sekarang orang kata semua nak cepat, semua nak benda yang tak mengambil masa yang lama. Jadi bagi mereka yang inginkan cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa serta ingin jimatkan minyak untuk ke mesin wang deposit di bank. Maka buat cara ini, jika anda sudah ada satu akaun penggunaan harian, dan satu akaun simpanan, saya galakkan anda agar memasukkan wang melalui online transfer dari akaun penggunaan harian (contohnya Maybank) ke akaun simpanan anda (contohnya CIMB).
Ini juga dikira penting kerana kita perlu merasakan bahawa amalan menyimpan wang ini tidak susah. Ia sebenarnya amat mudah, hanya di hujung jari jemari anda yang halus itu. *haluslah angat..hehe..
6. Tetapkan matlamat - saya letak benda ni dihujung bukan bermakna ia tak penting malah ini lah yang menjadi penentu kepada semua yang ada diatas. Kenapa? hidup ni kalau tak ada matlamat, tak payah cakap banyaklah kita tak akan mampu capai apa-apa pun. Biasalah manusia ni selalu lupa dan lalai, justeru kalau kita ada matlamat insyallah semua akan jadi mudah. contoh, lelaki yang nak kumpul duit untuk kahwin, dia ada matlamt iaitu dia perlu cepat kumpul duit untuk belanja kahwin. Jadi dia akan plan berapa yang perlu dia simpan untuk dia boleh capai target. Kalau RM100 sebulan tak cukup, maka dia akan simpan rm300 atau rm500 sebulan atau lebih lagi. Senang cerita, benda yang kita rasa susah akan jadi senang kalau kita ada matlamat. Matlamat juga boleh menjadi motivasi untuk diri kita agar kuat melawan nafsu boros kita dan terus istiqamah dalam berjimat cermat..
akhir sekali, saya ingin berkongsi cerita seorang lelaki suluk yang bawa kereta peret atau orang semanjung kata kereta sapu. Beliau bercerita(dalam bahasa suluk), yang dia kahwin belanja mencecah samapi rm27k*biasanya macam ni la lelaki selalu kena.. waaaa.. orang yang ada kerja ok pun merungut lagi kalau dapat hantaran tinggi, yang ni hanya bawa kereta sapu kot. Tapi dia kata alhamdulillah dia dapat tanggung semua perbelanjaan itu. Sebab??selama ini dia dah ada duit simpanan. Kesimpulannya, siapa pun kita, berapa pun pendapatan kita, itu bukan faktor utama dalam menyimpan wang. TAPI ubah sikap dan rancanglah apa yang KITA MAHU, jangan ikut suka dengan cara melulu kang esok mendongak dagu jela jawabnya tak dapat kejar apa yang kita mahu...huhu
No comments:
Post a Comment