WeLcOMe To My BLOg

Sunday, 23 February 2014

kenapa pilih SUPERNOVA ?


Aku nak jadi bintang yang cantik di atas langit
walaupun orang suka pandang
dan menyenangkan hati setiap yang memandang
tapi bukannya mudah dan senang semua orang boleh pegang

Bintang ni sebenarnya dia ada satu tahap,dimana dia akan membesar menjadi supernova dan
akan meletup serta menghasilkan suatu yang LEBIH baik iaitu bintang-bintang yang baru.
Justeru, aku nak jadi seperti itu,bukanlah maksud aku nak meletup..hehe
TAPI, macam ni
ada masa tu aku terpaksa duduk statik di sesuatu kawasan
untuk menimba ilmu baru, dan lama-lama aku akan lepaskannya(gunakan)
di tempat-tempat lain, untuk tolong atau bahasa mudahnya aku ingin berguna pada orang lain.


Supernova ni juga adalah keadaan dimana bintang telah membesar lebih dari matahari, 
serta memiliki tenaga yang cukup tinggi. Sebab tu aku nak diri aku juga seperti itu.
Jadi wanita supernova yang kuat dan tak akan mudah mengalah.
*walaupun saya selalu nangis tapi itu normal la bagi wanita..huhu


Sebenarnya, mula-mula nak letak superwoman tapi macam terlebih clear lak..
*buat malu i jer..haha.. lagipun macam biasa je ayatnya.kan..kan..kan..
 Jadi saya anggap supernova and superwoman ni adalah sama*bagi sy je..
Maksudnya pula, saya teringin nak jadi wanita yang bukan sahaja jadi
isteri dan ibu, tapi juga berkerjaya di luar tanpa menganggu tanggugjawab utama 
serta boleh aktif dalam jemaah islam. 

Senang cerita la kan, insyallah kalau diberi umur panjang
saya tak nak buat suatu benda tu yang tu je,saya nak buat macam-macam.
macam-macam ada gitu..

Yela, hidup ni hanya sekali jadi kita kena buat banyak benda kalau hanya fokus untuk tu je,
sia-sia hidup. Bukankah, ada kata-kata ulama yang mengatakan 
HIDUP ini adalah berPENAT-penatan, Diakhiratlah tempat rehat yang abadi.

Jadi, kita janganlah cepat dan terlalu banyak mengeluh terlebih sangat 
kalau ada banyak tanggungjawab kita dalam dunia ni.
JANGANlah kita lari dari amanah Allah pula..

Kita nikan khalifah yang di lantik oleh Allah untuk menjaga bumi ni,
dia tak bagi dengan malaikat, dia tak bagi dengan jin, 
sebab Allah tahu dan percaya kita ni HEBAT dan boleh buat punya la.

Justeru, BE A GOOD MUSLIM dan 
sentiasalah kita rajin-RAJIN kan diri memBANTU AGAMA ALLAH :)



insyallah..AKU INGIN JADI SEPERTI PANAH ITU..amiinn

No comments:

Post a Comment